Islamic Widget

Saturday, July 24, 2010

KAEDAH HAFALAN DAN ULANGAN SISTEM MADRASAH

Usaha untuk menghafaz al-Quran merupakan usaha yang mulia dan berpahala. Di dalam proses kita menghafaz Kitab Allah yang mulia ini pasti akan mendapat 1001 dugaan dan cabaran.

Di antara kesukaran yang lazim dihadapi oleh para penghafaz al-Quran adalah MASALAH LUPA AL-QURAN. Masalah ini semakin ketara sejak akhir-akhir ini. Bahkan untuk mencari al-Hafiz yang benar-benar jitu hafazannya begitu sukar. Berdasarkan pemerhatian saya, masalah lupa al-Quran berlaku kerana faktor-faktor berikut :

  1. Jadual ulangan yang tidak tersusun
  2. Kuat tidur atau tidur yang melebihi kadarnya.
  3. Kekerapan membaca al-Quran yang sedikit.
  4. Terlalu mengejar hafazan yang baru / tergesa-gesa.
  5. Sibuk melakukan kerja-kerja lain.
  6. Tidak pandai membahagi dan menggunakan masa yang ada.

Selain enam faktor utama di atas, faktor-faktor yang lain seperti kurangnya usaha mendekatkan diri kepada Allah, pemakanan harian seorang pelajar,. Sebenarnya antara faktor yang menjadi penyumbang utama terhadap kesukaran untuk mengingat 30 juzuk al-Quran.

Di sini, hasil usaha sahabat saya bekas pelajar Madrasah Tahfiz al-Quran Sungai Karang, Ustaz Sulaiman Bin Nordin al-Hafiz. Beliau telah menyusun sistem ulangan yang diguna pakai di tempat beliau menghafal al-Quran. Melalui sistem ini, beliau telah berjaya memperoleh Shahadah[1] 30 Juzuk dalam masa satu hari.

Sabaq (hafalan baru)

1. Nazirah (baca dengan ustaz atau rakan yang sudah hafal untuk memperbetulkan bacaan).

2. Baca dari mashaf maqra’ atau mukasurat yang hendak dihafal sebanyak 10x atau lebih.

3. Mula menghafal dari satu ayat ke satu ayat.

4. Tasmi’ hafalan dengan rakan dan ustaz. Pastikan tiada kesalahan atau lupa dari hafalan.

Amukhta Khatam (1juzu’)

1. Dibaca apabila tamat setiap juzu’ bagi sabaq(hafalan baru).

2. Ulang juzu’ yang tamat pada hari tersebut sehingga lancar.

3. Tasmi’ juzu’ tersebut dengan ustaz atau rakan. Kesalahan tidak boleh melebihi 2 tempat.

4. Jika tidak lancar atau kesalahan melebihi 2 tempat, diulang semula amukhta khatam juzu’ tersebut dan ditangguh sabaq(hafalan baru) sehingga selesai bacaan amukhta khatam.

Pra Sabaq (1juzu’)

1. Bacaan 1juzu’ ke belakang dari sabaq(hafalan baru). 1 juzu’ = 8 maqra’ = 20 muka surat.

2. Diulang sehingga lancar. Kemudian dibaca setiap hari secara hafalan dengan ustaz atau rakan sebanyak 1 juzu’. Pastikan lancar dan kesalahan tidak melebihi 3 tempat.

3. Contoh pra sabaq, hafalan terbaru anda pada maqra’ ke-3 juzu’ ke-2 :

Maqra’ 3 juzu’ 1 ̶ Maqra’ 2 juzu’ 2

4. Contoh pra sabaq, hafalan terbaru anda pada mukasurat ke-6 juzu’ ke-2 :

Mukasurat 6 juzu’ 1 ̶ Mukasurat 5 juzu’ 2

5. Bacaan pra sabaq berubah-ubah mengikut hafalan terbaru anda pada setiap hari.

Amukhta / Manzil

1. Hafalan-hafalan lama yang perlu diulang tidak melebihi 2 minggu.

2. Jadual ulangan disusun mengikut jumlah juzu’ yang telah dihafal.

3. Diulang sehingga lancar. Kemudian dibaca dengan ustaz atau rakan mengikut jadual ulangan setiap hari. Pastikan lancar dan kesalahan tidak melebihi 4 tempat.

4. Jadual ulangan disusun mengikut aturan yang disediakan :

Jumlah hafalan

Kadar ulangan amukhta

1 -5

1 juzu’

1 - 10

1 juzu’ + 2 maqra’ (rubu’)

1 - 15

1 juzu’ + 4 maqra’ (nisf)

1 - 20

1 juzu’ + 6 maqra’ (thuluth)

1 - 25

2 juzu’

1 - 30

3 juzu’

* Pastikan anda boleh membaca 3 Juzu’ Amukhta setiap hari dengan lancar sebelum sebelum khatam 30 juzu’. Proses syahadah akan dimulakan apabila anda mampu membaca 3 juzu’ sehari.

Syahadah (proses memantapkan hafalan Al-Quran)

1. Bermula dengan ulangan hafalan sebanyak 3 juzu’ sehari. Ditasmi’ dengan ustaz atau rakan. Pastikan kesalahan tidak melebihi 4 tempat. Akan khatam dalam masa 10 hari. Ulangkan sehingga 5 kali khatam atau lebih mengikut kemantapan hafalan.

2. Seterusnya ulangan hafalan sebanyak 5 juzu’ sehari. Ditasmi’ dengan ustaz atau rakan. Pastikan kesalahan tidak melebihi 4 tempat. Akan khatam dalam masa 6 hari. Ulangkan sehingga 5 kali khatam atau lebih mengikut kemantapan hafalan.

3. Seterusnya ulangan hafalan sebanyak 10 juzu’ sehari. Ditasmi’ dengan ustaz atau rakan. Pastikan kesalahan tidak melebihi 4 tempat. Akan khatam dalam masa 3 hari. Ulangkan sehingga 5 kali khatam atau lebih mengikut kemantapan hafalan.

4. Seterusnya ulangan hafalan sebanyak 15 juzu’ sehari. Ditasmi’ dengan ustaz atau rakan. Pastikan kesalahan tidak melebihi 4 tempat. Akan khatam dalam masa 2 hari. Ulangkan hingga beberapa kali khatam mengikut kemantapan hafalan.(jika syahadah 15 juzu’ @ 30 juzu’ sehari).

5. Seterusnya bacaan terakhir(syahadah) dengan ustaz sepenuhnya dibantu 2 orang pembantu. Dibaca 10 juzu’ @ 15 juzu’ @ 30 juzu’ sehari mengikut keinginan pembaca.

Pangkat syahadah

Jumlah kesalahan

Mumtaz

Tiada kesalahan

Jayyid jiddan

1 - 3

Jayyid

4 - 7

Maqbul

8 - 10

Dha’if

11 - 15

Rasib

Lebih dari 15 (ulang syahadah)

* Proses syahadah kebiasaannya mengambil masa selama 6 - 12 bulan.



[1] Proses membaca keseluruhan al-Quran dihadapan guru tanpa melihat kepada mushaf.

No comments:

Post a Comment